Skin is made by Mitsuno Hanna
Basecode by Pika
Helped by { 1 | 2 | 3 }
Sebelum Terlambat
Posted on Friday, 11 July 2014 @ 17:49 < 0 comment >

Jijie : wuishhh. aku rasa aku dah jumpa prince charming aku. hahaha.

Balqis : mana-mana? macam anak raja sangat ke prince kau tuuu?

Jijie : anak raja pun kalah la wei dengan prince charming aku tuuu.

Balqis : puihhh. overnya ayat. mana budak yang kau suka tuuu?

Jijie : tuuu. yang pakai baju stripe pink highlight tu. haishhh tak boleh tahan aku. kaler feveret aku kut. hahaha.

Balqis : laaa. mamat tu yang kau suka? wei jambu laaa. pink kut *muka menyampah*

Jijie : weiii. okay apa pink. nampak macho gituuu. huhu.

Balqis : wei tolong laaaa. takde taste lain ke? tapi aku salute la jugak kat mamat tu sebab sanggup pakai pink. terselah la kemachoan dia tuuu. huhu.

Jijie : kan? aku dah kata. aieee. segaknya dia.

Balqis : wei kau nie dah kenapa? tak sedar diri ke?

Jijie : kenapa kau kata macam tu? sampainya hati. *muka sedih macam nak bawa diri*

Balqis : oit. kau lupa ke kita ada kat mana sekarang nie?

Jijie : kita kat mana? kita kat sini la. kat kafe tengah makan. soalan apa la yang kau tanya nie.

Balqis : woi. aku sepuk jugak budak nie kanggg. tak sedar-sedar diri lagi. kita kat universiti nie kan?

Jijie : memang la kita kat universiti. dah tu kenapa?

Balqis : haishhh. sabar je laaa aku dengan minah nie. memang kita kat universiti. kau lupa ke apa tujuan kita datang sini? kita nak belajar kan?

Jijie : ye laaa. nak belajar. habis tuuu? apa kena mengena dengan aku tak sedar diri. *blurrr*

Balqis : hadoi. susah la cakap dengan kau nie. dah kita datang sini nak belajar kan? so teruskan la niat kita
nak belajar tu. jangan melencong belah lain pulak. kau faham tak maksud aku? ni ada kaitan dengan prince charming kau. faham tak?

Jijie : hmmm macam nak faham. tapi tak sampai lagi. tengah loading. hahaha. tapi kan, perasaan suka tu kan lumrah. fitrah. kan?

Balqis : memang laa perasaan suka itu lumrah. bohong kalau tak ada secebis perasaan suka walaupun sebesar zarah sekalipun. hahaha. tipu kalau kata tak pernah tersuka, terminat, terpikat dengan kehenseman, kecantikan, kebaikan orang lain. memang menipu la tuuu. tapi sekarang nie semuanya terletak pada diri kau. kau yang kena control semuanya.

Jijie : control? maksud kau?

Balqis : maksud aku kau kena control nafsu kau wei. tak salah nak suka. tak salah nak minat. tapi kau kena kawal wei. cuba bayangkan kalau kau tak kawal persaan suka kau tuuu. kau asyik layan je perasaan kau tu. asyik terfikirkan prince charming kau je. tu maksudnya hati kau dah gelap sebab kau leka dengan semua nie. bila hati kau gelap, kau susah nak terima ilmu. lepas tu, pelajaran entah ke mana. kau nak ke gagal dalam hidup? kau nak jadi apa nanti? dengan zaman sekarang yang dah semakin moden wei semuanya perlukan orang yang berpelajaran. tu tak termasuk pasal parents kau lagi. kau tak terfikir ke perasaan diorang macam mana? kau boleh bayang tak?

Jijie : wuishhh dah macam ustazah pilihan dah aku tengok. hahaha.

Balqis : wei. aku series nie kut. *geram*

Jijie : ye laaa. aku tau la kau series. benda-benda macam nie mana boleh buat main-main. nie tentang masa depan wei. hmmm. bahagianya aku.

Balqis : laaa. dah kenapa kau nak rasa bahagia pulak? kau tak faham ke aku cakap apa? punya laaa panjang lebar aku cakap tadi. aduhhh.

Jijie ; haishhh apa laaa pulak aku tak faham. aku faham la. aku bahagia sebab Allah bagi aku kawan macam kau nie. ingatkan aku bila aku lalai. terima kasih wei sebab tarik aku sebelum aku terjatuh. aku baru nampak keburukan dia. Alhamdulillah. nasib baik aku tak lalai dengan semua nie lagi . terima kasih kawan. aku sayang kau. *sebak*

Balqis : huhu. aku ingat kau tak faham tadi. sama-sama wei. aku buat semua nie sebab aku sayang kau wei.
aku taknak kau lalai. aku nak kita sama-sama berjaya capai imipian kita. *tersenyum*

Jijie : habis tu, aku kena lupakan dia ke? *sedih*

Balqis : bukannya aku nak paksa kau lupakan dia. kalau kau dah suka tu nak buat macam mana kan? takkan aku nak suruh kau rendam hati kau dengan clorox kut sebab semata-mata nak hilangkan perasaan kau. hahaha. memang tak laaa. tapi kau boleh minta doa pada Allah. minta Allah permudahkan kalau betul dia adalah jodoh kau. ada jodoh tak ke mana. yakin wei yakin. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Jijie : Huarghhh. sebak aku dengar tazkirah kau. hehehe. InsyaAllah. aku cuba wei.

Balqis : hehehe. aku sentiasa doakan apa yang terbaik untuk kau.


Perasaan, tak boleh dipaksa. Biarlah ia terpendam dalam doa yang tesembunyi. Sampai satu masa nanti pasti Allah akan tunjuk siapa yang lebih layak untuk kita.