Skin is made by Mitsuno Hanna
Basecode by Pika
Helped by { 1 | 2 | 3 }
Keliru
Posted on Wednesday 24 August 2016 @ 17:25 < 0 comment >




Makin lama aku makin keliru. Keliru dengan perasaan sendiri. Sejak kebelakangan ini, masing-masing sibuk dengan jodoh. Katanya kena 'usaha' dari sekarang. Lol usaha je pun. Asal aku nak keliru sangat ni? Hmmm. Memanglah usaha, tapi usaha yang macam mana? Bukankah dengan berdoa pun dah cukup? Sebab semua orang tahu kan, jodoh tu Allah yang tentukan. Dahtu kenapa sibuk mencari? Aku still tak faham. Bukan nak pertikai, tapi jujur aku takut, usaha itu mengatasi dosa dan maruah. Jujurnya, saat ini, aku masih keliru dengan perasaan aku. Bukanlah aku sempurna sampai tak pernah terdetik rasa suka pada seorang insan bernama lelaki. Cuma aku takut, bilamana aku mula menaruh harapan, dia bukan ditakdirkan untuk aku. Bilamana aku mula percaya dan yakin, dia bukanlah yang terbaik untuk aku. Dalam keadaan aku yang sekarang ini, dikeremuni lelaki-lelaki yang selesa aku berkawan. Ya, hanya sekadar kawan. Aku tak mahu letakkan harapan, takut kecewa. Kadang aku anggap macam abang dan adik. Aku tak tahu la aku ni mengharapkan kasih sayang seorang abang ke apa sobs sobs tapi memang sadis la. Entahlah, buat masa sekarang ni, aku lebih bahagia begini. Tak mengharap pada siapa sebab yakin Allah akan hadirkan seorang insan yang istimewa suatu hari nanti. Cuma dalam masa yang sama, aku perlu baiki diri dan persiapkan diri sambil-sambil teruskan bedoa. Jujurnya, aku masih dalam kelabu. Nak ke putih tak, ke hitam pun tak. Aku berada di tengah-tengah takut untuk melangkah. Masih menunggu dan mengharap datangnya seorang insan menghulurkan tangan bawa aku ke dunia yang lain.


Awak kat mana jodoh? Jangan risau. Awak sentiasa dalam doa saya:)