Skin is made by Mitsuno Hanna
Basecode by Pika
Helped by { 1 | 2 | 3 }
Bangun
Posted on Monday, 26 January 2015 @ 16:41 < 0 comment >




Sepi dan terus menyepi. Kau aku anggap sahabat atau kalau lebih, abang mungkin. Cukup setakat itu. Tapi kenapa kau menyepi. Salah akukah? Atau kau dengan ego kau yang tinggi melangit itu. Sungguh aku tak mengerti. Rindu? Mungkin. Tapi punya batas. Tak lebih dari rindu adik ke abang. Ibarat rindu seorang sahabat kepada sahabat. Bila kau berdiam, aku ternanti-nanti kau yang dulu. Aku masih keliru dan buntu. Atas dasar kekurangan akukah yang membuatkan kau berdiam tanpa tujuan? Ditanya tak berbalas. Dicuit tak menyapa. Entahlah. Mungkin kau lebih suka jadi kau yang sekarang dari kau yang dulu. Mungkin. Aku tak mampu lontarkan spekulasi. Walau aku tak suka kau yang sekarang, tapi mungkin punya hikmahnya. Mungkin kau ingin berubah. Hijrah. Ya, hijrah! Lagi tepat untuk keadaan kau yang sekarang ini. Andai benar, aku sokong. Apa yang baik pasti aku ikut mana mungkin aku bangkang. Aku bahagia bila kau bahagia. Sebab apa ya? Sebab aku sayang sahabat aku. Opsss, bukan kau sahaja. Mohon jangan perasan. Walau aku tahu banyak cacian yang kau terima, tapi percayalah itu semua hanya khabar angin. Semuanya akan berlalu terbang mengikut angin mungkin ke utara mahupun selatan. Jangan kau gusar. Aku ada di belakang. Bila kau jatuh akan aku usahakan pimpin untuk berdiri gagah semula. Walau kau tak percaya aku. Ya, aku sedar aku bukan siapa siapa. Tapi aku juga tetap dengan ego aku berkeras ingin membantu. Aku mohon kau keluar dari kelabu. Pergi tebang jauh mencari warna. Aku tak mungkin pimpin kau untuk ke pelangi. Kerana aku masih di sini, di dunia kelabu.