Skin is made by Mitsuno Hanna
Basecode by Pika
Helped by { 1 | 2 | 3 }
Malas
Posted on Tuesday, 27 January 2015 @ 02:26 < 0 comment >




Malas. Aku fikir perkataan itu mungkin dah sebati dengan aku. Ya, mungkin malas. Hmmmm. Kadang aku pelik. Kenapa malas itu perlu ada? Kenapa malas itu perlu muncul? Ahhhh! Semua ini benar benar menyerabutkan fikiran aku. Perkataan malas ini benar benar menular dalam diri aku. Ikutkan perasaan mahu saja aku menepis lempar jauh jauh hingga ke Paris. Huaaaaa, bukan aku tak kuat nak melawan tapi memang aku tak kuat! Tak punya ubatkah bagi penyakit ini? Someone please help me! Tapi bila sampai satu tahap aku rasa malas aku dah terlalu berleluasa, aku rasa bosan pulak. Ehhhhh, boleh pulak macam tu. Tapi aku tak tipu. Bila dah selalu malas, aku rasa kosong pulak dan ini semua buat aku ingin bangkit menentang cik malas. Mungkinkah? Ya, mungkin dan sangat mungkin. Dia dalam diri kau dan kau berhak buang dia dalam hidup kau. Kau punya kuasa wehhhh! Cuba pejam mata and take breath. Hidup kau singkat. Kau tak punya banyak waktu. Dan takkan kau nak sia siakan semuanya dengan biarkan malas menguasai diri. Come on dude! Wake up from your malas, please! Dengan masa hidup yang masih berbaki, tepis malas kau tu jauh jauh. Gantikan dengan rajin atas sejadah. Ingat Tuhan selalu weh. Tak tipu lama lama malas akan berambus jauh jauh dari kau. Jadi, malas please get out from my life! Aku nak jugak kelabu bertukar warna. Takkan selama lamanya nak jadi kelabu, kan?