Jatuh
Posted on Thursday, 5 March 2015 @ 21:57 <
0 comment >
Jatuh mesti sakit. Mana ada jatuh bahagia. Mana ada jatuh ketawa. Tapi yang sakit itu yang memberi kesan. Dan tak lupa, pengalaman juga. Kalau aku tak jatuh sekarang, aku mungkin terkial-kial mengesot nanti bila baru mula jatuh. Aku rela. Aku syukur. Sebab, saat aku jatuh ini buat aku sedar, Tuhan sayang aku. Dia tak biarkan aku terus hanyut malu kerana tak sedar salah kurang diri sendiri. Dan untuk itu, aku syukur. Kalau aku tak jatuh, mungkin aku masih leka. Mungkin aku masih hanyut. Sungguh, aku benci berada dalam keadaan itu. Satu keadaan di mana aku rasa bodoh. Bodoh dalam erti leka dek silap ibarat dibuai mimpi. Tuhan, sungguh aku syukur. Sungguh aku ingin bangun semula. Dan sungguh aku ingin berubah. Bukan publisiti murahan manusia aku harapkan. Tapi cinta suci redhaMu yang aku dambakan.
Setiap manusia layak dapat peluang kedua, bukankah begitu?