Mata Yang Melihat
Posted on Tuesday, 26 May 2015 @ 05:09 < 0 comment >
Semakin hari aku kenal dunia. Semakin hari aku teroka kelabu. Dan semakin hari itu juga, aku lihat pelbagai kerenah manusia yang pada aku ada yang biasa, ada yang luar biasa. Setiapa mata-mata yang melihat cuba menilai Aku juga tak lari dari menilai. Tapi bila ditenung balik, ada apa dengan nilaian manusia, andai nilaian yang selayaknya adalah Dia. Aku lihat kerenah manusia yang tak bertudung. Aku lihat kerenah manusia yang couple. Aku lihat kerenah manusia yang tak solat. Bukan buruk sangka yang menjadi igauan andai benar mata ini menjadi saksi. Bagi mereka yang sudah sebati, mungkin anggap biasa. Bagi mereka yang belum pernah mendalami, semua ini bukan biasa. Semua ini sangat menyakitkan dan menakutkan. Mana mungkin tak sakit hati, andai yang tak bertudung, tak solat itu adik kakak sendiri. Mana mungkin tak takut andai nanti yang disoal, kita yang melihat. Aku cuma mampu berharap, semua yang tak selayaknya wujud itu hilang. Terbang jauh. Biar di depan mata-mata yang melihat adalah sebuah lukisan indah. Bahkan doa juga takkan aku lupa. Aku mohon keluar dari dunia kelabu. Pergilah kalian mencari warna kerana di setiap warna itu terselit keindahan yang takkan dapat kalian luahkan melainkan keindahan yang dapat dirasa dengan hati. Berdoalah. Kau tahu kan doa itu senjata mukmin? |