Skin is made by Mitsuno Hanna
Basecode by Pika
Helped by { 1 | 2 | 3 }
Jangan Pernah Berharap
Posted on Saturday, 30 April 2016 @ 00:03 < 0 comment >




Rasa tak dihargai. Rasa ibarat hamba abdi. Itu apa yang aku rasa. Dari mula aku dah ingatkan diri, buat kerana Allah bukan sebab nak harapkan pujian. Tengok sekarang kau dapat apa? Kau dapat caci maki. Kau dapat hinaan kutukan. Kau lemah sangat. Mudah sangat jatuh. Mudah sangat lemah. Ikutkan sangat perasaan. Padan muka! Biar satu dunia gelakkan kebodohan kau. Aku dah cakap dari awal lagi jangan pernah menaruh harapan. Jangan pernah letakkan kepercayaan. Tengok sekarang siapa yang terluka? Kan dari dulu aku dah cakap, jangan ada apa-apa perasaan selagi belum halal. Jangan selalu sebut. Jangan terlalu bahagia. Kan sekarang dah kecewa. Aku anggap ini semua kafarah dosa aku. Aku anggap ini semua peringatan dari Tuhan buat aku insan yang hina dina ini. Allah, ampuni aku hamba-Mu yang terleka, yang hanyut dan yang lalai ini. Terima kasih atas ujian yang Kau anugerahkan agar aku tidak terus hanyut. Ampuni aku, kuatkan aku. Kembalikan aku pada diri aku yang dulu. Tetapkan pendirian aku. Aku rindu diri aku yang dulu. Moga aku terus kuat.